Sabtu, 30 Januari 2010
Serangga Perosak
entry oleh : PuteraCyber at 5:05 PTG 0 comments
Labels: belalang, besar, grasshooper, hijau
Jumaat, 29 Mei 2009
Travel Lagi...
"Malam kita pegi Madinah ye..." kata ayah.. Biar betul?! skrg dah kol 7.30 malam.. (Ini adalah berita mengejut 28 Mei 2009.. Huhu..)
Hmm.. macam biase kitorang bertolak dari rumah( takkan dari penjara lak) kol 9.30 malam.. Malam tu beribu-ribu bintang bertaburan menghiasi langit malam.. Sangat indah.. Seperti biase juga, keadaan jalan raya malam tu gelap gelita sebab ketiadaan lampu pelita di tepi jalan..
Kitorang sampai kat Madinah kol 11.30.. Ayah parking kereta kat parking bawah tanah Masjid Nabawi.. Then kitorang tak masuk masjid lagi.. Kitorang check in hotel kat betul-betul depan masjid.. Hotel Al-Andalus.. Boleh tahan hotelnye..
Inilah permandangan dari hotel yang aku menginap..
Lepas check in kitorang pon pegi la shopping.. Kedai-kedai kat Madinah ni banyak yang tutup lambat.. So, kitorang pun shoping sakan la malam tu sebab kalau siang sibuk..
Malam tu aku tak boleh nak tidur sebab adik aku semua tak nak tido.. Dalam kol 4 azan pun berkumandang.. Adik aku ngan ibu aku siap pegi masjid dulu.. Ayah aku tengah tidur lagi.. Sampai iqamat baru ayah aku bangun.. Penat sangat agaknye.. Kitorang pun pegi lah masjid..
Lepas sembahyang subuh aku ngan ayah aku pun naik bilik.. Ayah aku nak rehat.. Ayah aku kata " kalau nak pegi masjid ke, nak gi mana-mana pegi la.. ayah nak rehat jap.." aduh.. aku dah la tak biase dengan tempat walaupun aku tau tempat ni selamat.. Aku pun buat keputusan utk duduk termenung je kat bilik.. Ibu ngan adik aku pegi Rawdah..
Dalam kol 10.30 pagi, ibu ngan adik aku dah balik bilik, dah sarapan, kitorang pun siap nak pegi masjid.. Kali ni turn aku ngan ayah aku pulak pegi Rawdah.. Hari tu tak sibuk macam tahun lepas aku pegi.. Sebab tahun lepas aku pegi time musim haji and hari tu hari Jumaat.. Tapi kali ni aku pegi hari Khamis..
Kat sana macam-macam jenis orang ade.. Stail solat pun macam-macam.. Huhu.. Lepas solat zuhur serta jama' asar kitorang pun balik bilik.. Makan tengah hari kat bilik.. Hari tu makan Nasi beryani.. Sedap gak.. Lepas makan kitorang shoping jap pastu baru balik..
Hari yang cukup memenatkan.. dah la masjid tu besar.. jalan mesti la jauh.. tak tidur malam lagi.. aduh.. Dalam kereta sepanjang peralanan balik aku tidur.. Tapi sempat gak aku snap gambar ni..

Keadaan jalan raya yang dikelilingi padang pasir and takde lampu jalan.. Lepas aku snap gambar ni aku tidur balik.. Sampai rumah aku sambug tidur sampai kol 11.30 malam..
-Pic Tambahan-
Aku ngan adik aku di Masjid Nabawi
Aku kat Masjid Quba'
-Habis-

