
17 April 2009; Hari tu ade lawatan kelab sekoah. Aku kelab Rekacipta dan Inovasi bergabung ngan 2 kelab lain, kelab Sains Rumah Tangga and kelab ICT. Dalam kol 11.30 malam, malam tu kami bertolak ke Kuala Lumpur. Buat pengetahuan korang, sepanjang lawatan tu aku sentiasa dengan Luq. FYI, aku ni bukannye gay tapi kitorang memang rapat. Kitorang sampai K.L dalam kol 3.40 pagi kat Masjid Negara. Sampai je aku terus pegi mandi. Lepas solat subuh, kitorang berkumpul and pegi sarapan kat kedai yang tak jauh dari masjid tu. Pergh, pokai aku dibuatnye. Makanan kat sana mahal-mahal. Bukan setakat makanan, barang-barang lain jangan cakap lah, memang mahal. Dalam kol 10 pagi kitorang pegi bersantai jap kat Taman Tasik Perdana. Lepas tu kitorang dibawa ke Muzium Kesenian Islam. Kat sana ade macam-macam bentuk kesenian Islam sejak zaman Rasulullah sehingga ke zaman ini, dari barat hingga ke timur, dari utara hingga ke selatan. Kat kedai muzium tu aku beli hadiah untuk hari lahir ibu aku. Dah penat menimba pengetahuan, kitorang naik bas and bertolak ke KLCC. Kat sana kitorang dilepas kan sampai kol 2 petang. Sampai je, aku terus ajak Luq isi perut. Dekat 1 jam aku usha cari makanan yang murah-murah tapi hampeh. Walaubagaimanapun, makan tetap makan. Walaupun mahal, perut mesti kene isi jugak. Habis makan, aku tengok jam dah kol 1.30. Gelabah aku dibuatnye. Dah la kene kumpul kat Aquaria, Aquaria pulak aku tak tau kat mane. Luq pun tak tau. Nasib baik aku jumpe Afiq(kawan aku). Dia bawak kitorang pegi Aquaria. Sampai kat Aquaria, aku tengok ramai dah tunggu walaupun ramai lagi yang belum sampai. Bila semua dah berkumpul, kitorang pun masuk. Banyak jugak binatang yang dipamerkan. Bila aku tengok binatang tu kesian pun ade. Tapi binatang tu serta kawan-kawan aku yang lain termasuk Luq, aku tinggalkan. Aku jalan sorang-sorang. Jauh aku tinggalkan diorang. Sampai satu part, aku jalan slow-slow sebab aku dah terlalu laju kedepan dan hampir dengan kumpulan pelajar perempuan sekolah aku. Bukan tu saje, aku jalan slow-slow pun sebab aku tangah menikmati pemandangan dalam terowong aquarium tu. Best giler. Aku sempat jugak rakam dalam tu. Bila dah keluar dari terowong tu, ade pertunjukan bagi ikan jerung makan. Aku rase orang yang buat pertunjukan tu mesti bengang giler sebab ikan jerung tu tak nak keluar. Nak tunggu kol 4 petang ade lagi 45 minit. So, dengan selambenye aku pegi kat satu gerai kat dalam Aquaria tu, aku suruh abang tu lukis gambar aku pakat baju Spiderman. Smart giler abang tu lukis gambar aku. Harga lukisan tu boleh tahan, RM35 ringgit. Dah siap aku keluar dari Aquaria tu. Then, pegi kat bas and kitorang bertolak pegi Melaka. Kat Melaka, kitorang pegi Night Zoo Safari. Sebelum tu, kitorang berhenti kat perhentian jejantas Ayer Keroh. Dah siap makan, tukar baju and solat, kitorang sambung perjalanan kitorang ke Melaka. Sampai je kat Zoo Melaka, hari dah gelap. So, kitorang pun teruskan aktiviti kitorang. Kat dalam tu aku tengok biasa je. Tak ade pun yang berbeza. Kitorang balik Johor dalam kol 9.30 malam. Sampai kat sekolah kol 11.30 malam...HABIS...
Memaparkan catatan dengan label Lawatan Kelab Sekolah.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lawatan Kelab Sekolah.. Papar semua catatan
Sabtu, 25 April 2009
Ceriteraku semasa Lawatan...
entry oleh : PuteraCyber at 6:39 PTG 0 comments
Labels: Lawatan Kelab Sekolah.
Langgan:
Catatan (Atom)